Sunday, August 11, 2013

SAY HELLO TO GOODBYE :)


 hye uolss  nie sebenarye kate2 awesome nie aku ambik dri twitter muiz ..aku suka  ayat2 dia.. dia bnyak bgi perangsang sebnrye kat aku.. aku rase nie sbbnye aku makim matang makim berfikir ke depan..kenape kita nak sedih2 tapi owg yg kita nangiskan tue sikit pun tak sedih.. aku jadi makim kuat sebb adenye kengkawan yg alwys ngn aku susah n senang lagi2 my bff nija and dayah.. they always with me... inn sha ALLAH next time aku akan citer kisah bff aku tue yea...  :)

Saturday, August 10, 2013

''MOVE ON'' itu yang terbaik..



“Move on.”
“Jangan ingat lagi orang yang tak ingat pada kita.”
Senang untuk bercakap, tapi susah untuk dipraktikkan. Hanya orang yang pernah putus cinta, faham kesakitan itu. Memandang ke depan, sakit. Menoleh ke belakang juga sakit. Kiri kanan kita kosong. Tiada lagi seseorang tempat menyandar penat, menghambur tangis. Kalau dulu kita ada teman berkongsi kecewa. Tapi sekarang kita sendiri.
Malam tambah pedih. Berjaga di pembaringan, kita memaksa tidur; penat melihat kisah lama berputar ibarat filem yang tak berkesudahan. Apabila tidur bermimpi dia. Mimpi yang indah jadi buruk. Kita terbangun dengan dada yang sebak, kadang-kadang berair mata. Dan malam tambah dingin lagi.
aku sendiri sedang dalam proses melupakan. aku sudah tidak sedih. Jadi manusia berhati tembok. Terhapus segala kasih sayang terhadap dia. Tapi hati yang terkhianat masih luka. Dan itu juga satu pederitaan yang sukar diubati.
Putus cinta itu ada 4 tahap:
  1. Penafian. (In denial)
  2. Kesedihan. (Sadness)
  3. Kemarahan. (Anger)
  4. Meninggalkan. (Moving on)
Paan di tahap 4. Paan agak lame jugak paan nk lupakan dia tapi paan jadi kuat kerana Paan iringi dengan terapi ayat al-Qur’an. Juga berkat sokongan ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang baik. Yang penting, hati kita sendiri perlu kuat. Tidak ada sesiapa yang bisa membantu memulihkan hati kita selain diri kita sendiri. Oleh itu, kekuatan dalaman perlu ada.
Hati kita seolah-olah “bersalin kulit”. Dalam proses untuk membentuk kulit yang baru itu, kulit lama perlu dibuang, dan itu sakit. Tak tipu. Memang pedih dan kalau salah teknik, boleh berdarah banyak dan terpaksa menanggung lebih banyak kecelakaan. Tapi ini semua sementara. Sekejap sahaja. Tapi “sekejap” tu subjektif, bergantung kepada ketahanan diri kita dan kekuatan dalaman.
Mungkin setelah beberapa lama masih ada sisa tangis lagi tapi itu normal. Bukan senang kita melupakan cinta, kecuali bagi orang yang tidak berhati perut dan tidak berperasaan!
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith Qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Dalam mengubat hati, kita perlu faham kasih sayang Allah. Ternyata kekecewaan bercinta adalah salah satu ujian, tanda Allah rindu pada kita. Dia adalah sebaik-baik Pencipta dan Perancang. Tentunya ada sesuatu yang hendak diajarkan kepada kita  melalui kekecewaan tersebut. Kesakitan juga menghapus dosa! :)
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” (H.R. Bukhari dan Muslim
Kadang-kadang kita susah melupakan bukan kerana kekecewaan sahaja. Tapi hati kita sakit melihat orang yang pernah kita sayang dengan mudah sahaja beralih arah kepada orang lain. Tambah menyakitkan apabila bekas kekasih dengan lancang memburukkan kita pada orang lain.
Tak apa. Biarkan. Perempuan baik untuk lelaki baik dan begitulah sebaliknya. Yakinlah dengan kasih sayang Allah. Yakinlah dengan kekuasaan Allah.
“Apabila kamu bersyukur pasti Aku (Tuhan) menambah nikmatmu dan apabila kamu kufur (mengingkari/tidak bersyukur) sesungguhnya balasanKU amatlah pedih.” (Surah Ibrahim: 7)


Sunday, August 4, 2013

SURAT CINTA BAKAL SUAMIKU .. :)



ASSALAMUALAIKUM
ALHAMDULILAH KITA DAH MASUK 27 RAMADHAN.. SEKEJAP JEW MASE BERLALU...Hmmm bosan2 dalam opis nie laa hasilnye ..


Pertama sekali, aku bersyukur kerana Allah temukan kita. Aku tahu aku bukanlah wanita terakhir yang kamu ada. Aku tahu ramai lagi wanita diluar sana yang sempurna, yang kamu berusaha untuk mengenalinya. Tapi sekiranya kamu jodohku, kamu memilihku, aku akan berusaha memahami dirimu apabila hidup sebumbung nanti. Dan aku akan cuba menjadi isteri yang taat, solehah, menyanyangimu setiap hembus nafasku, yang dapat menjagamu ketika sakit, dan dapat berkhidmat seumur hidupku sebagai seorang isteri.


Aku juga tahu, aku bukan wanita yang sempurna. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang sempurna. Terimalah aku seadanya. Aku yakin yang kamu berpotensi untuk membimbing aku ke jalan yang lebih baik, yang dapat membimbing anak anakku nanti.




Bakal suamiku yang dikasihi,

Sebagai wanita moden, aku tidak akan mengharapkan hantaran beribu-ribu atau berjuta-juta daripadamu. Ikutlah kemampuanmu, aku tidak mahu membebanimu. Kerana hantaran yang murah itu, adalah sebaik-baik wanita. Semasa aku menjadi isteri mu, aku juga tidak mahu wang berlebih-lebihan daripadamu kerana aku punya gaji hasil titik peluhku untuk aku berbelanja memanjakan diriku. Cukuplah sekadar mampu. Kerana aku bukan mengukur kemewahan dan kekayaan itu sebagai pengukur kebahagianku.


Bakal suamiku yang budiman,

Aku juga berharap agar kamu menjaga hubunganmu dengan ibu bapamu, kerana restu ibu bapa itu perlu dalam menjalani hidup di muka bumi ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka, dan senantiasalah mencari redha mereka kerana sekiranya ibu bapa redha, TUHAN juga akan merestui perjalanan kita. Sama jugalah dengan perhubungan kamu dengan ibu ku. Janganlah kerana aku sudah sah milikmu, kamu ketepikan mereka. Sesungguhnya kerana merekalah aku membesar dengan sempurna. Berterima kasihlah kerana mereka tabah dan sabar mendidik aku, sehingga dewasa begini. Aku juga akan membalas budimu dengan melayan ibu bapamu dengan baik sebagaimana tanggungjawabku terhadap ibu ku sendiri. Sesungguhnya wajib ke atas kita untuk menghormati mertua sebagaimana ibu bapa sendiri.


Bakal pemimpinku sayang,

Poligami itu memang hak dirimu yang mutlak dan tiadalah kuasa aku menghalang hukum ALLAH. Namun sekiranya sampai keperluanmu berpoligami, berterus teranglah dengan diriku agar aku dapat membuat persediaan dari segi mental. Aku wanita yang lemah, doakan lah aku tabah dan redha ketentuan ALLAH. Aku memahami perihal keperluan lelaki sehingga dibenarkan nikah lebih daripada satu, dengan syarat berlaku adil. Adil itu bukan pada kamu yang mengadili, tapi kami isteri yang diadili. Maka berlaku adillah semampu kamu, kerana aku percaya apabila timbul kemahuan itu, kamu sudah cukup muhasabah diri, menghakimi diri sendiri dan sudah bersedia menanggung dosa isteri-isterimu. Tidaklah sanggup aku melihat lelaki yang aku cintai berjalan dengan bahu senget sebelah di hari pengadilan nanti.


Aku adalah rusukmu yang bengkok, maka luruskanlah aku dengan kasih sayang. Aku tidak diciptakan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat pula di hati untuk dikasihi. Maka kasihilah aku seadanya, selagi layak aku dikasihi.Bimbinglah aku kerana aku jua insan biase yang bnyak melakukan kesilapan dan kesalahan.



Buat bakal suamiku,